• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Pak Kasim

  • Kenali pakkasim
  • blog

Wakaf part 2

1 April 2019 by zulhelmi Leave a Comment

Setelah pakcik zahar serahkan tanggungjawab untuk aku carikan tempat untuk diwakafkan , aku mula bertanya ramai kawan dan ada juga aku posting dalam facebook .

Ramai yang pm dan WhatsApp aku , termasuk sorang sahabat dari kedah , abang k nama panggilan beliau . Beliau cakap ada 1 sekolah pendidikan khas di alor setar kedah , rata rata mereka ni susah kutipan PIBG pun tak sampai 2 ribu setahun .

Beliau ada hantar gambar murid murid istimewa sekolah tersebut pada aku . Anak anak ni katanya pelbagai masaalah . Ada yang buta , pekak , ada yang bisu , syndrome dan sebagainya .

” Takpa la bang , nanti saya bagitau pakcik zahar dulu . Sebab dia yang nak wakafkan ” ujar aku pada abang k .

Terus aku ke rumah pakcik zahar yang tak jauh dari ofis aku petang itu . Aku tunjuk gambar sekolah tadi pada beliau , bersama gambar murid murid yang dihantar abang k melalui whatsapp .

” Pakcik berapa bajet untuk wakaf tu”?

Tanya aku pada pakcik zahar

” Pakcik ok saja berapa pun , ikut kesesuaian untuk penggunaan depa la”

Kalau yang ni ok ka pakcik , sambil menunjuk 1 model di katalog coway . Model ni banyak capacity air dia pakcik , lagi 1 model ni sesuai jugak untuk orang buta sebab button dia ada tulisan Braille .

” Kalau macam tu boleh la . Berapa harga cash tu ? “

” Harga cash 4330 pakcik termasuk servis percuma 2 tahun ” .

Ok la nanti lepas dua tahun kalau tak da orang nak bayar servis , bagitau pakcik , pakcik bayarkan .

Aku nampak pakcik zahar terus ke bilik beliau dan keluar membawa sejumlah wang tadi . ” Nah , kira la dulu takut tak cukup pulak nanti ” ujar pakcik zahar .

Aku capai dah terus kira . ” Cukup pakcik ” . Beliau mengangguk tanda setuju .

Aku terus ke ofis dan uruskan tempahan pakcik zahar. Beberapa hari selepas itu selesai pemasangan di sekolah khas tersebut .

mesin coway yang siap dipasang

Alhamdulillah puas hati sebab dapat lagi tolong orang yang berhajat nak wakaf . Moga Allah memanjangkan umur pakcik zahar dan melimpahkan rezeki beliau dan anak cucu .

Selesai urusan wakaf

Filed Under: Umum

Previous Post: « Tak mahu bersedekah
Next Post: Coretan terakhir untuk seorang kawan. »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Harga Roadtax Kereta di Semenanjung Malaysia
  • CERMIN KERETA RETAK DAN CARA TUNTUTAN INSURANS
  • LAMBORGHINI URUS LEBIH RM 1.7 JUTA MILIK SIFU PEMASARAN ONLINE ??
  • Bahaya Insurans Kereta Murah
  • Kedai Roadtax Cheras

Recent Comments

  • zulhelmi on LAMBORGHINI URUS LEBIH RM 1.7 JUTA MILIK SIFU PEMASARAN ONLINE ??
  • Sabrijati on LAMBORGHINI URUS LEBIH RM 1.7 JUTA MILIK SIFU PEMASARAN ONLINE ??
  • zulhelmi on Jalan jalan japan
  • zulhelmi on Jalan jalan japan
  • Sabrijati on Jalan jalan japan

Archives

  • November 2020
  • July 2020
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Makanan
  • roadtax
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Pak Kasim on the Foodie Pro Theme