• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Pak Kasim

  • Kenali pakkasim
  • blog

Tak mahu bersedekah

26 March 2019 by zulhelmi Leave a Comment

” Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima . Pernah kalian dengan pepatah tersebut ? ”

Ya ianya berkaitan kebaikan orang yang memberi atau bersedekah . Banyak hadis sahih menceritakan akan kebaikan bersedekah ini .

” Ustaz dusuki pernah bercerita dalam ceramah beliau yang mana jika kita mati harini , kita akan minta pada Allah untuk hidup semula kedunia untuk kita melakukan amalan sedekah ”

harini di sebuah pasaraya mewah di ibu kota aku di datangi 3 kanak kanak , aku rasa berumur lingkungan 10 ke 12 tahun .

” Bang boleh tolong tak ? Boleh bagi 5 ringgit ” .

Aku terkaku sebentar bukan apa , aku cuba melihat atas bawah . Bukanlah berpakaian lusuh , seperti budak budak penganggur.

Lantas aku jawab ” tak ada dik ” .

Ya aku tau bagi sesetengah orang berpendapat , kau bagi jer la 5 ringit saja pun tak miskin lah . Ada juga orang berkata walau orang datang minta derma dan kau tahu dia lagi kaya dari kau beri sahaja . Sebab derma itu baik .

Betul , sangat betul . Tapi aku lagi bersetuju dengan kata kata peramal jenayah tuan kamal affendy . Apa yang beliau kata di suatu temu bual khas . Jika kita terlalu banyak memberi kepada budak budak yang tak sepatutnya mereka telah terbiasa dengan cara mendapatkan wang secara mudah .

Penyeluk saku

Apabila menigkat dewasa jika mereka meminta derma dan ketika itu orang tidak lagi memberi kepada mereka , mereka tidak pandai untuk berdikari dan mencari wang sendiri .

Maka akan terjadilah jenayah seperti penyeluk saku , menyamun , merompak dan jenayah yang menyenangkan mereka mendapatkan wang tanpa bekerja .

Natijahnya dapat dilihat juga harini . Banyak sendikit yang ditangkap mengeskploitasi kanak kanak dan wanita untuk mengutip derma , kerana mereka tahu yang rakyat malaysia ini sangat pemurah dan pendapatan yang banyak dapat dijana melalui aktiviti ini .

Dalam soal ini harus ada jabatan khas yang mengawal aktiviti ini dari berleluasa . Kerana aktivi ini seringkali di ambil kesempatan oleh pihak yang sangat tidak bertanggung jawab .

Dan lagi masyarakat malaysia perlu juga sedikit sebanyak menyalurkan derma kita pada yang sepatutnya kerana jika kita terus memberi pada yang bukan layak kita tetap mendapat pahala tapi dari kesan jangka masa panjangnya dalam dunia hari ini akan membuatkan kita merana .

Itu pendapat aku sahaja .

Yang menulis

-pakkasim-

Filed Under: Umum

Previous Post: « Susah dapat kerja lepas belajar .
Next Post: Wakaf part 2 »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Harga Roadtax Kereta di Semenanjung Malaysia
  • CERMIN KERETA RETAK DAN CARA TUNTUTAN INSURANS
  • LAMBORGHINI URUS LEBIH RM 1.7 JUTA MILIK SIFU PEMASARAN ONLINE ??
  • Bahaya Insurans Kereta Murah
  • Kedai Roadtax Cheras

Recent Comments

  • zulhelmi on LAMBORGHINI URUS LEBIH RM 1.7 JUTA MILIK SIFU PEMASARAN ONLINE ??
  • Sabrijati on LAMBORGHINI URUS LEBIH RM 1.7 JUTA MILIK SIFU PEMASARAN ONLINE ??
  • zulhelmi on Jalan jalan japan
  • zulhelmi on Jalan jalan japan
  • Sabrijati on Jalan jalan japan

Archives

  • November 2020
  • July 2020
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Makanan
  • roadtax
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Pak Kasim on the Foodie Pro Theme