
Kalau becakap soal makan pastinya banyak tempat aku nak rekemenkan kat hampa , tapi kalini aku nak rekemen 1 restoran yang berada di damansara kuala lumpur .

Nama restorannya Sambal hijau . Aku berikan 140 sebab kenapa hampa patot makan tengah hari di restoran sambal hijau . Tapi panjang pulak 140 sebab , aku bagikan beberapa dulu lah .

Antara sebabnya adalah restoran ini menyajikan beratus menu masakan kampung asli , antaranya patin tempoyak pahang , gulai jenahak , urat lembu masak lemak , asam pedas , ayam kampung , masak lemak udang ketam ikan dan banyak lagi lah .

Yang sukakan ulam ulaman dan sambal sambal , kena cuba juga . Jangan risau sambal ada berbalang balang , kau pilih la sambal hijau ke , hitam ke , budu ke , air asam ke sambal belacan ke . Semua ada .
Seterusnya bagi yang gemar ikan bakar , boleh datang awal sebab ikan bakar antara menu yang cepat habis . Ada ikan kembung , ikan pari , ikan jaket , ikan talapia , sotong udang dan ayam bakar . Nak lengkap lagi kena lah ambik air asam dia .

Restoran ni bukan sahaja orang orang biasa yang datang malah , kerabat di raja , artis , menteri , dan chef ternama dunia juga pernah datang ke sini . Tak hairan lah kalau kau google sahaja restoran sambal hijau banyak yang bagi feed back .

Ok aku tambah lagi sebab lain , parking yang luas . Kau datang dengan bas pun boleh parking .
Menurut pengusaha kedai ini En Azrul waktu kemuncak adalah pada pukul 12 ke 2 petang . Waktu jni memang ramai yang akan berkunjung ke restoran beliau .

Bagi yang nak merasa makan di restoran sambal hijau kau boleh waze saja Restoran sambal hijau sungai penchala .

Kalau dah sampai sana makan lah sepuas puasnya . Heheh .
–pakkasim–
Menulis bukan kerna nama
Leave a Reply