
11 tahun yg lalu cetusan idea 20 insan hebat dari pelbagai profession lahirnya rumah pengasih warga perihatin di kajang selangor .
Rumah yg menempatkan lebih 2 ratus penghuni ini bukan hanya sekadar mnempatkan anak anak yatim asnaf dan warga emas malah kesemua tenaga pengajar dan pengelola rumah ini yg lebih mesra degan pangilan ibu dan ayah turut tingal bersama .

Macam mana ibu ayah disini dibyar gaji ?
Spontan soalan ni kluaq bertanya saya kepada saiful nang salah seorang pengasas RPWP ini

Rumah atau akademi warga perihatin adalah rumah kami . Kami anggap Anak anak disini bukan anak anak yatim tapi anak anak kami . Jadi kami tak kan nak ambik gaji untuk menjaga anak sendiri malah kesemua ibu2 dan ayah di sini bekerja tanpa gaji . kami akan akan bagi lagi klau kami ada pendapatan dari luar . subahanAllah .

Tiba2 saiful nang tengok dan tanya saya . Ayah kamu jaga kamu dia mintak gaji . ?? . Saya sekadar senyum dengan soalan itu.

Macam mana mereka tahu buat semua ni bang ? sambil jari dok tunjuk sekolah kabin yg baru dibina tu ..?? Hidup ni kita kena ada common sense . Buat ja dulu silap kita adjust . Klau tanya orang saja selalunya tak jadi .kata kunci dia buat @ kerja .

Sambil2 pusing tengok rumah kabin yg di ilhamkan sendiri oleh mereka saya rasa sangat kagum . Sebab kerja2 membancuh simen , mengimpal besi , pendawaian , bawak kren, bawak folklift, ini dilakukan sendiri oleh kanak2 . Inilah ilmu sebenar dunia yg cuba di terapkan di RPWP ini bukan hanya berlumba untuk penuhkan A di buku rekod . ( ini saiful nang cakap ) #jangankecamsaya 🙂

Sesekali rasa sebak bilamana anak mata aku terpandang sendiri budak budak kecik lingkungan umur 10 taun ni dok korek longkang tengah panas , dok susun kayu tatkala anak2 kita dirumah sedap dok bawah kipas lagi ber aicond . Akan tetapi kerja2 tu bukan dipaksa . Mereka dah menjadi satu tabiat yg tak boleh tengok ada kerja. Mesti nak buat ja . Klau nak rehat, rehat la . Klau nak kerja , kerja la . Tak da punch card bak kata saiful nang lagi @ ayah saiful .

RPWP juga tidak pernah meminta sumbangan dari mana2 pihak . Malah mereka mngusahakan pelbagai bisnes untuk menampung perbelanjaan harian mereka . antaranya , yg dpt kami lihat adalah menjual kereta terpakai , menjual fabrik tudung dan bau , catering , import eksport dsbnya .

Moga RPWP ini sentiasa di payungi rahmat Allah dan menjadi contoh untuk semua .
Ada masa nak p lagi . Affan besaq sikit hang siap babah bawak p sana ..
Leave a Reply