
Pemuda harapan bangsa , Pemudi tiang negara .
Pagi tadi sambil aku enak bersarapan roti canai telur di kedai Karim , seorang lelaki berbangsa rohignya , aku lihat sekumpulan remaja memakai baju sekolah masuk ke cyber cafe . Geram pulak aku mahu saja aku labelkankan mereka budak jahat ,tapi takut pulak kalau tafsiran aku terhadap mereka meleset .
Jika aku menyangka mereka ke cybercafe untuk bermain game tetapi kalau sebaliknya mereka ke cybercafe untuk menyiapkan tugasan guru sekolah macam mana pulak ??? Tak ke kena merangkak pulak aku nanti meminta maaf pada mereka .
Mungkin Allah menghadiahkan pemandangan aku pagi tadi untuk aku menulis cerita tentang dua golongan remaja ini .
Dua golongan remaja yang nampak sama tetapi berbeza. Banyak aspek yang aku lihat , antaranya adalah cara kerja , cara berfikir , cara bertindak dua golongan ini sangat berbeza .

Golongan kelas belakang
Satunya aku suka akan semangat sesetengah dari mereka , ada yang sudah pun bekerja dengan menjana income besar , ada antaranya sudah memperoleh pendapatan 5 ke 6 angka di usia yang sangat muda , sudah ada empayar perniagaan sendiri . golongan ini saya gelarkan golongan kelas belakang. golongan yang nakal disekolah , golongan yang kebanyakkannya tidak pandai di sekolah .
Sikap degil , melawan dan berani berdepan tembok berduri ini yang dibawa ke alam remaja yang membuatkan mereka berani berhadapan dengan cabaran hidup sekarang .

Golongan kelas hadapan
Golongan kedua adalah golongan remaja kelas hadapan . Ada juga yang menggelar mereka geng skema . Di bangku sekolah mereka inilah yang menyapu bersih keputusan cemerlang setiap mata pelajaran , menjadi ketu kelas , pengawas . Di sayangi guru dan buku bersih tak seperti geng kelas belakang tadi .
Pengalaman aku sendiri melihat golongan remaja ini kebanyakkannya hanya menanti suapan dari keluarga di samping menunggu kerja yang sesuai dengan taraf pendidikan masing masing . Mereka hanya mahu satu kerjaya yang boleh memberikan masa depan dan setaraf dengan pendidikan mereka dan takut untuk mencuba sesuatu yang baru dan mencabar .
Akhirnya golongan kelas hadapan ini lah yang bekerja dengan golongan kelas belakang ini . Banyak sudah terbukti jika kita lihat di antaranya adalah ” bill gates” bukanlah dari golongan kelas hadapan tadi . Namun ribuan pekerja yang berada di dalam kompaninya hari ini adalah golongan kelas hadapan .

Tak mengapa itu hanya apa yang aku nampak . Ianya boleh berubah dengan izin Allah . Selagi ada usaha untuk ke depan dan berjaya semuanya tidak mustahil .
Golongan kelas hadapan atau belakang kedua dua nya pun sangat penting untuk pembangunan negara kita .
betul juga tu pakkasim..dua-duanya saling memerlukan..