• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Pak Kasim

  • Kenali pakkasim
  • blog

Coretan terakhir untuk seorang kawan.

8 April 2019 by zulhelmi Leave a Comment

Tak da kata yang mampu aku ucap saat meberima perkhabaran sedih kau telah pulang mengadap penciptaNya .

Tiada rasa lagi dapat aku luahkan melihat kau wahai sahabat di pembaringan senyum melihat aku datang membuka helai nipis kain putih menutupi wajahmu pagi itu  .

Rasanya seperti baru semalam dia datang berjumpa aku setelah 5 tahun tak berjumpa . Kalini datang sambil berkongsi cerita . Kisah kerjaya , kisah keluarga .

Tak lama lepastu Allah aturkan rezeki kami bekerja bersama sekali lagi , dulunya di naza sebelum dia berhenti untuk melanjutkan pelajaran . Kini dia di coway . Hari hari lah kami berjumpa kesana kemari berniaga bersama mencari rezeki buat keluarga masing masing .

Ada cerita sedih yang aku tahu yang anaknya berusia 6 bulan menghidapi penyakit yang agak kronik . boleh dikatakan hari hari dia ke hospital untuk buat rawatan dan mencari alternatif lain untuk merawat anak dia ketika itu . Tak sikit pun aku nampak dia mengeluh  . Wajah senantiasa terukir senyuman .

Aku cuba berkongsi derita itu dengan rakan sekerja lain , walaupun dia tidak berapa suka . Katanya biarla dia yang ikhtiar untuk anak dia .

Alhamdulillah izin Allah tak lama selepas tu anak yang menghidap penyakit tadi selamat menjalani pembedahan . Aku nampak dia sangat gembira sangat , kata dia pada aku

” lama aku tak rasa tidoq nyenyak malam malam pakkas ” . sambil gelak gelak tawa dia . Panjang jika nak aku ceritakan perjuangan dia untuk anaknya  #prayforhusna .

Babak demi babak dia diuji lagi . Allah ambil orang yang dia sayang seorang demi seorang . Kalini Kakak dan ibunya pula dijemput illahi  .  Aku nampak sakit perit yang dia telan tu dasyat  . Tak tahulah aku , macam mana dia boleh jadi manusia yang sangat positif tatkala berdepan ujian macam tu . Betul la kata orang , Allah itu menguji hambanya setakat mana yang mereka mampu . Dan dia kuat .

Masih ingat kata katanya

” Pakkas , sesuatu yang besar akan datang dalam hidup aku ni  ”

Entah apa yang tersirat aku pun tak tahu

Dan satu hari aku jumpa dia .

” Aku nak buat kebun ni kat pahang , tanam cili , hang doakan aku berjaya . Nanti dah untung aku bagi modal untuk hang dengan che wan nak berniaga ”

“Kalau benda ni berjaya aku nak bawak 1 family g umrah hujung taun ni” .

Kebun cili diusahakan begitu tekun . Dia mula belajar segenap sudut segala yang berkaitan . Dari mula sampai habis . Lagi dugaan datang apa yang diharap kurang menjadi . Tapi aku masih tak nampak dia mengalah .

Dia masih berlawan dan usahakan semula apa yang telah dia mula . Ulang alik dia ke pahang , boleh katakan setiap minggu mengusahakan kebun dia di sana . Sehingga saat dia sakit pun , dia masih kuat semangat nak usahakan semula kebun dia .

Satu hari Usai solat di masjid aku dan dia masuk dalam kereta dan dia menghidupkan engine , tiba tiba dia bergegas  keluar . Aku nampak dia menghulurkan duit pada sorang kawan yang aku juga kenal .

” Hang bagi duit ka D , bukan hang tak da duit ka “?

” Takpa la kesian kawan kita tu nak balik jauh dia tak da duit sangat la ni ” jawab dia tenang. 

Allahu , masih terngiang saat itu , hati dia cukup lapang lihat kawan kawan senang . Susah kawan kawan dia juga seperti menanggung  .

Bulan 12 2018 dia dimasukkan ke hospital kuala lumpur .

Aku whatsap dia

” Hang masuk hospital sebab apa d ? ”

” Aku kena cancer ” jawab dia .

” Ha , cancer ? ”  .

” Stage berapa ”  tanya aku lagi menekan nekan dia malam tu .

” Dah stage 4 pakkas ” tak pa lah Allah nak bagi nikmat dia , kita redha ja .

Mengurai air mata aku malam tu . Dia sangat tenang lalui berbagai rintangan sepanjang aku kenal dia . Dia contoh bapa dan suami terbaik .

2 minggu lepas seperti biasa dia whatsapp aku

” Ada mana tu ”

” Ada kat ofis ” jawab aku

” Ok satgi aku sampai , aku nak minum kopi ” katanya dah lama tak minum kopi .

Sampai saja dia ke ofis aku bawa dia ke kedai kopi sebelah ofis , dia pun memesan kopi dan roti bakar . Aku nampak susuk tubuh dia sangat kurus dan memang lesu .Gigit sedikit saja roti bakar yang dia oder tadi dan tinggal di tepi.

Dia akan ada saja topik nak di ceritakan

” Hang tengok ni tanduk rusa ” aku dapat kat abang ipar aku . ni la yang aku nak buat nanti , aku nak urut kaki orang pakai tanduk rusa ni bila aku sihat nanti  ”

” Ustaz yang aku p buat rawatan ni dah tunjuk kat aku sikit sikit cara nak buat rawatan ni ”

Sambil memegang kaki aku dia menggosokkan tanduk rusa tadi . Aku seperti biasa layankan saja dia . Sebab aku tau dia memang sorang yang suka tolong orang tanpa berkepentingan .

Lepas minum aku dan dia balik . Aku sungguh tak sangka dia yang dah mula menunjukkan tanda tanda sihat pergi buat selamanya lepas beberapa hari kemudian . Dan itulah kali terakhir aku lihat dia senyum ceria .

Hajat terakhir dia nak lepak 3 orang sekali , aku che wan dengan dia sebab kami memang rapat , kami tunaikan hajat dia juga akhirnya tapi aku dengan che wan di atas kubur dan dia di dalam sana .

Dia pergi dengan tenang dalam tidur . Urusan pengkebumian juga Alhamdulillah Allah mudahkan. Dia pergi meninggalkan nama yang baik .
Dia pergi dengan meninggalkan semangat juang yang tinggi .

Moga Allah menempatkan dia dikalangan para para Salihin .

Aku pasti menyusurmu

-pakkasim-

Alfatihah .

#ayahkacak #apadahal #godekgodek 

Filed Under: Umum

Previous Post: « Wakaf part 2
Next Post: 5 perkara perlu bersedia jika mahu miliki kereta ? »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Harga Roadtax Kereta di Semenanjung Malaysia
  • CERMIN KERETA RETAK DAN CARA TUNTUTAN INSURANS
  • LAMBORGHINI URUS LEBIH RM 1.7 JUTA MILIK SIFU PEMASARAN ONLINE ??
  • Bahaya Insurans Kereta Murah
  • Kedai Roadtax Cheras

Recent Comments

  • zulhelmi on LAMBORGHINI URUS LEBIH RM 1.7 JUTA MILIK SIFU PEMASARAN ONLINE ??
  • Sabrijati on LAMBORGHINI URUS LEBIH RM 1.7 JUTA MILIK SIFU PEMASARAN ONLINE ??
  • zulhelmi on Jalan jalan japan
  • zulhelmi on Jalan jalan japan
  • Sabrijati on Jalan jalan japan

Archives

  • November 2020
  • July 2020
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Makanan
  • roadtax
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Pak Kasim on the Foodie Pro Theme