Assalamualaikum , harini saya nak share sikit berikutan ramai yang bertanya mengapakah insurans kenderaan mereka mahal .
Saya kongsikan dulu 5 sebab .

1. Umur pemandu
Sebab pertama adalah disebabkan umur pemandu atau pemilik kenderaan . Umur pemilik kenderaan terlalu muda iaitu 20an ke bawah dan umur pemilik terlalu tua 60an ke atas antara penyebab utama kenapa harga insuran mahal .
Ini berikutan pihak insurans bersikap berwaspada akan mereka yang usia terlalu muda mahupun terlalu tua ini memandu kenderaan

2 . Alamat .
Yang kedua adalah alamat tempat tinggal pemilik . Alamat ini berkait rapat dengan kes kes kecurian yang selalu berlaku . Jika tempat tempat yang selalu di rekodkan kerap berlaku kehilangan kenderaan maka pihak insurans akan menaikkan sedikit harga kepada jumlah perlindungan insurans ini .
Antara faktor lain adalah alamat yang kerap berlakunya banjir dan bencana alam . Seperti di kampung kampung dan luar bandar .Pernah report kemalangan

3.Rekod terdahulu
Jika pemilik kenderaan pernah mengalami kemalangan tahun lalu . Pihak insurans akan dapat mengetahui , maka harga insurans terbaru akan turut meningkat .

4. Hilang NCD.
Ncd adalah discount yang diberikan setiap tahun kepada pemilik kenderaan untuk menginsuranskan kenderaan mereka . Diskaun paling rendah adalah 25% dan diskaun paling tinggi 55% .
Ada beberapa sebab kehilang ncd insuran . Yang pertama adalah disebabkan tuntutan telah di buat disebabkan kemalangan. Yang kedua disebabkan ncd diambil oleh pemilik untuk dipindahkan ke kenderaan lainnya .
Jika berlakunya perkara ini . Insurans baru akan menjadi mahal dari biasa .

5 . Lambat hidupkan insurans .
Faktor kelima adalah faktor kelewatan menghidupkan insurans kenderaan . Contohnya insurans kenderaan sudah 2 bulan tamat tempoh dan pemilik baru hendak menghidupkan semula . Maka harga turut berubah dan ada kalanya meningkat ketara berbanding menghidupkan sebelum tamat tempoh.
Ada sesetengah compani insurans meminta agar disertakan gambar kenderaan sebelum menghidupkan semula insurans kenderaan yang telah lama tamat tempoh . Ini bagi memastikan agar kenderaan itu masih ada dan tidak hilang mahupun telah mengalami kemalangan.
Leave a Reply